Peges

Sunday, May 22, 2011

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :

PEMERIKSAAN KENDERAAN-KENDERAAN MOTOR DAN PEMBERIAN MAKLUMAT KEPADA KETUA PENGARAH

Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai
bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas pendaftarannya.
Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan
Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbaut demikian :-
dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu

Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar
Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.

PENGUBAHSUAIAN KECIL ATAU PEMASANGAN ALAT KELENGKAPAN TAMBAHAN YANG DIBENARKAN TANPA PERLU MENDAPAT KEBENARAN JPJ

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
Pemasangan para bumbung.
Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
Nota:
Senarai yang telah dinyatakan di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

Contohnya:-
1.Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.





2.Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi



3.Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

4.Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.




5.Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.

6.Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

1.Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.

2.Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.

3.Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.

4.Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.

5.Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ.
Contohnya:-
1.Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2.Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3.Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4.Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5.Pengubahan ke atas sistem brek.
6.Pengubahan ke atas sistem steering.
7.Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8.Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9.Penukaran enjin.
10.Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Kompleks ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
1.
Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.

2.Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.

3.Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.
Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

Spesifikasi No Plate Diluluskan JPJ Malaysia

3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan

Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Contoh-contoh Ukuran Plat Kenderaan













Wednesday, May 11, 2011

Lamborghini Kereta Termahal Mengatasi Bugatti

Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).

Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.

Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.








Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.

Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis.

Satria Neo R3 2011

PURE PERFORMANCE

Building an ultimate road-going Satria Neo, R3 drew upon years of racing experience to develop a car made with techniques usually reserved for the highest levels of performance.



STYLED TO PERFORM

Aggressive looks complemented by added aerodynamic efficiency have always been a trademark of R3 vehicles. The Satria Neo R3 is no exception, with race-proven exterior enhancements that add visual drama and functionality.





HANDCRAFTED POWER

Revised for improved response and power, the engine is assembled by hand and features exclusive R3 parts to develop 145bhp@7,000rpm, a 13% improvement over the standard engine.



RACE-BRED COMFORT

Inspired by motorsports, the cabin features a custom colour scheme and luxurious materials for an exclusive driving experience.




More at
http://www.proton.com/Motorsports/R3-Satria-Neo.aspx